Monday, 22 September 2014

KESANTUNAN LISAN

Kesantunan lisan ini dapat dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat, protokol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru besar atau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu, dan seumpamanya. Dalam masyarakat Melayu, apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab. Contohnya, apabila mereka hendak menegur seseorang kanalan kita, kita hendaklah menegurnya dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar. Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya.

Bahasa Sapaan Berdasarkan Pangkat atau Status Seseorang dalam Masyarakat.

Status merupakan faktor penting dalam penentuan bahasa sapaan. Dalam pergaulan seharian terdapat sekatan-sekatan sosial tertentu antara ahli masyarakat itu. Contohnya, sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial.      

Gelaran Pergaulan formal
Pergaulan formal dimaksudkan sebagai pergaulan yang menunjukkan adanya sekatan sosial tertentu sama ada sekatan pangkat dalam pekerjaan atau kedudukan sosial, atau sekatan sosial disebabkan si penyapa tidak begitu kenal antara satu sama lain.


Kata ganti diri sapaan

Orang yang ditujukan

Tuan

Orang yang mempunyai kedudukan yang lebih tinggi daripada penutur (dari segi status pekerjaan)

Orang yang menjadi Pengerusi Majlis.
Contoh : Tuan Pengerusi Majlis

Digunakan  bersama nama / jenis jawatan
Contoh :  Tuan Pengetua

Orang yang menjawat jawatan kadi, imam, hakim, doktor.
Contoh :  Tuan Hakim

Pemilik harta.
Contoh : Tuan rumah, Tuan tanah, Tuan kedai

Orang yang bergelar seperti Haji, Profesor
Contoh :  Tuan Haji Nazri, Tuan Profesor

Encik

Orang lelaki yang lebih tinggi pangkatnya daripada kendiri.


Puan

Orang perempuan yang sudah berkahwin

Untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi daripada kendiri dan perempuan mempunyai gelaran Doktor, Profesor dan sebagainya.
           

Cik


Orang perempuan yang belum berkahwin


Saudara ( lelaki)
Saudari
(perempuan)


Digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang seumur dengan kendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum rapat dengan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada ahli-ahli dalam mesyuarat, perbahasan dan sebagainya.

Digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.


Gelaran Kurniaan Ikhtisas
Gelaran kurniaan ini diperoleh kerana kejayaan seseorang dalam bidang akademik atau ikhtisas, juga dikenali sebagai gelaran profesional.
        

GELARAN

BAHASA SAPAAN

 

Profesor

Doktor

Irsenio
Jeneral
Cikgu
Ustaz

Bentuk panggilan  serupa dengan gelaran ikhtisas yang ada pada mereka.
Contoh : Seseorang guru agama dipanggil Ustaz

Kata sapaan Tuan / Puan boleh diletakkan sebelum gelaran Profesor dan Doktor.
Contoh : Tuan Doktor, Puan Profesor, Tn. Irsenio,



RUMUSAN
Kesimpulannya, kesantunan lisan yang digunakan dengan sesuai dalam kalangan masyarakat Melayu kerana Kesantunan lisan ini biasa dilihat dalam aktiviti lisan seperti perbualan, wawancara, ucapan, pengacaraan majlis, pengumuman dan arahan dalam perhimpunan, mesyuarat. Jika tida menggunakan kesantunan lisan yang sesuai maka akan dianggap tidak berbudi bahasa dalam kalangan. Ini sama seperti masyarakat Cina dan India.

LAMPIRAN


Contoh Kesantunan Lisan Semasa Berkomunikasi Dengan Orang Yang Lebih Tua


Contoh Kesantunan Lisan Semasa Berkomunikasi Dengan Kawan-kawan


Contoh Kesantunan Lisan Semasa Mendidik Anak Murid


Contoh Kesantunan Lisan Antara Nenek Dan Cucu


Contoh Kesantunan Lisan Dengan Tetamu


Contoh Kesantunan Lisan Yang Buruk


VIDEO


No comments:

Post a Comment