Monday, 22 September 2014

KESANTUNAN NONVERBAL

Kesantunan berbahasa dari segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep kesantunan berbahasa nonverbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami. Sebagai contoh, melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku. Justeru, bahasa tubuh, ekspresi wajah yang merangkumi hubungan mata juga memainkan peranan yang penting untuk melestarikan konsep kesantunan berbahasa itu.

Bahasa Tubuh
Bahasa tubuh ialah bahasa komunikasi bukan lisan yang melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Bahasa ini sangat penting kerana dapat menyampaikan mesej yang sukar dilahirkan melalui pertuturan atau tulisan. Komunikasi melalui bahasa tubuh ini mampu menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang individu. Selain itu, komunikasi lisan yang disepadukan dengan bahasa tubuh akan lebih berkesan kerana dapat menterjemahkan maksud yang hendak disampaikan dengan jelas. Dengan membaca bahasa tubuhnya, kita dapat mengetahui sama ada apa yang diperkatakan diterima dengan positif atau negatif, sama ada dia bercakap terbuka atau defensif, bosan atau berpura-pura minat. Jika gagal membaca bahasa tubuh orang yang dilawan bercakap, kita akan gagal menyakinkan mereka.


Gerakan Anggota Badan
Gerakan anggota badan yang berlaku dalam komunikasi tanpa lisan mempunyai makna tertentu.  Oleh itu, penggerak anggota dapat menyampaikan mesej dalam komunikasi yang dihasilkan.  Biasanya pergerakan anggota badan membawa makna sejagat yang difahami oleh semua orang seperti Isyarat gerakan tangan, Isyarat air muka dan bahasa tubuh. Isyarat tanpa lisan menggambarkan emosi, personaliti, tujuan dan status sosial seseorang dan boleh digunakan untuk mengukuhkan hujah atau mesej yang disampaikan dan mendapatkan maklum balas dengan membaca maksud yang tersirat melalui isyarat tanpa lisan yang ditunjukkan oleh penerima mesej. Contohnya umat Islam dilarang menggunakan tangan kiri semasa makan dan minum kerana perbuatan tersebut melambangkan sikap orang yang sombong dan menyalahi arahan Nabi dan terdapat ancaman baginda terhadap orang yang melakukannya. Bagi masyarakat Cina pula, mereka dilarang menggunakan tangan untuk makan, mereka akan menggunakan pengepit semasa makan. Dalam masyarakat India pula sama dengan masyarakat Melayu, mereka menggunakan tangan kanan semasa makan. Selain itu, ketika bertemu, masyarakat Melayu akan menundukkan sedikit bahagian kepada sebagai tanda hormat kepada orang yang ditemui itu. Gerakan anggota badan ini telah juga diamalkan oleh masyarakat Cina dan Inida. Selain itu, mereka mesti mencium tangan orang yang lebih tua semasa memberikan salam kepada mereka, bagi masyarakat Cina pula, mereka akan tunduk ketika bersalam. Bagi masyarakat India, mereka akan merapatkan kedua telapak tangan dan membawa kepada dadanya serta diikuti dengan tunduk sedikit sambil berkata “salam” dalam bahasa mereka.

Isyarat Tangan
Gerakan tangan mempunyai maksud sejagat yang difahami oleh kebanyakan orang tanpa mengira latar belakang belakang kebudayaan. Gerakan tangan yang digunakan bersama-sama bahasa lisan dapat mengukuhkan keberkesanan komunikasi yang berlaku.  Contohnya isyarat gerakan tangan yang digunakan secara tersendiri untuk menyampaikan maksudnya. Maksud yang disampaikan boleh berbeza kerana dipengaruhi oleh budaya. Salah satu yang paling ofensif dan kasar gestur tangan dalam masyarakat Melayu adalah jari tengah. Gerakan ini mungkin yang paling general di antara gerakan-gerakan isyarat yang lain. Jari tengah menunjuk keatas dianggap sebagai gerakan sangat cabul, ini sama dengan masyarakat Cina dan India. Selain itu, jempol ke bawah dalam masyarakat Melayu adalah isyarat tangan yang kasar dan cara arogan untuk mengindikasikan kegagalan. Jempol ke bawah bererti menilai sesuatu yang buruk atau sesuatu yang tidak disetujui. Hal ini juga menunjukkan bahwa sesuatu atau seseorang telah gagal. Acungan jempol ke bawah ini jarang digunakan dalam kehidupan sehari-hari. Ini sama dengan masyarakat Cina dan India. Di samping iitu, dalam masyarakat melayu mereka harus menggunakan jari ibu semasa menunjukkan sesuatu kepada orang lain.


Mimik Muka
Riak air muka mempunyai pelbagai maksud tersirat yang dapat diterjemahkan maknanya dalam komunikasi tanpa lisan. Air muka dapat menyatakan emosi, kehendak dan harapan seseorang. Riak air muka juga dapat menambat hati seseorang untuk bertindak balas terhadap seseorang. Contohnya melalui pengamatan air muka orang yang berinteraksi dengan kita, kita akan mengetahui banyak maksudyang tersurat dan tersirat. Ia merupakan suatu naluri yang berhubung rapat dengan faktor biologi dan fisiologi. Melaluinya dapat diketahui keperibadian seseorang. Riak air muka berperanan penting menentukan jalinan komunikasi yang dilalui, Untuk membentuk jalinan komunikasi yang mesra atau positif, tunjukkanlah air muka yang jernih. Dalam masyarakat Melayu, mereka tidak sepatutnya menunjukkan emosi yang negatif seperti murung, sedih dan sebagainya apabila berkomunikasi dengan orang lain terutamanya orang yang lebih tua. Semasa dimarahi oleh orang lain, terutamanya orang yang lebih tua daripada mereka. Mereka seharusnya pandai menjaga mimik muka dengan tidak menunjukkan muka yang gembira atau seronok sebaliknya mereka haruslah menunjukkan muka yang serius. Hal ini adalah untuk menghormati orang lain. Ini sama dengan masyarakat Cina dan India.

RUMUSAN
Bahasa nonverbal komunikasi yang pesannya dikemas dalam bentuk nonverbal, tanpa kata-kata, lebih ke ekspresi. Bahasa nonverbal telah melibatkan isyarat tangan, air muka, dan gerakan badan. Kita mesti menggunakan bahasa nonverbal yang sesuai supaya menunjukan kesantunan berbahasa dalam orang lain.

LAMPIRAN


Bertanya Khabar apabila bertemu sahabat lama 



Masyarakat Melayu akan mencium tangan orang

yang lebih tua daripada kendiri semasa bersalam




Mimik Muka



           




  


  



                                  Isyarat tangan yang tidak bersopan







Umat Islam dilarang menggunakan
 tangan kiri semasa makan dan minum


VIDEO



No comments:

Post a Comment