Thursday, 18 September 2014

PENGENALAN

Kata santun diberi makna dalam Kamus Dewan sebagai ‘halus yang bermaksud budi bahasa atau budi pekerti, beradab, sopan. Oleh itu, kata kesantunan berkaitan dengan sifat kehalusan budi bahasa atau budi pekerti dan kesopanan.
Kesantunan bahasa, secara umum, merujuk kepada penggunaan bahasa yang baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Kesantunan bahasa menjadi salah satu ciri penting bangsa yang bertamadun.Kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan bahasa harus diamalkan ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan.
Malaysia merupakan sebuah Negara yang mempunyai penduduk berbilang kaum dan etnik yang mengamalkan pelbagai budaya. Pelbagai budaya tersebut telah mempamerkan keunikan dalam kesantunan berbahasa dalam masyarakatnya. Tajuk esei yang saya menghasilkan ialah menghuraikan konsep kesantunan berbahasa dari segi bentuk dan jenis kesantunan yang terdapat dalam masyarakat Melayu.

KONSEP KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan bahasa secara umum merujuk kepada penggunaan bahasa yangbaik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menujukkanpenghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya.
Konsep di atas menerangkan bahawasnya kesantunan berbahasa secaraamnya merujuk kepada penggunaan bahasa baik iaitu apabila kita bercakap dengan seseorang, kita hendaklah bercakap dengan menggunakan bahasa yang bersopan dan beradab. Contohnya, apabila kita hendak menegur seseorang kenalan kita, kita hendaklah menegur dia dengan memberi salam dan jangan menegur mereka dengan bahasa yang kasar. Hal ini kerana apabila kita bercakap dengan bahasa yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita adalah manusia yang tidak pandai berbahasa. Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya. Apabila kita menggunakan perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ianya dapat mencerminkan bahawanya kita merupakan orang yang mempunyai kesantunan berbahasa. Namun begitu, apabila kita menggunakan perkataan yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita adalah orang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa.
Kesantunan bahasa juga merujuk kepada strategi penggunaan kata gelaran, kata sapaan dan kata ganti nama diri untuk menunjukkan perasaan hormat terhadap terhadap seseorang. Konsep kesantunan ini merujuk kepada penggunaan kata gelaran dan kata sapaan untuk dipanggil. Sebagai, contohnya, apabila kita berjumpa dengan orang mungkin hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggil dia dengan nama yang sesuai dengan umurnya seperti saudara atau saudari. Apabila kita berjumpa dengan orang yang lebih tua daripada kita hendaklah memanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai bagi mereka.

BENTUK DAN JENIS KESANTUNAN

KESANTUNAN VERBAL

Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Bahasa halus digunakan dengan meluas dalam ungkapan bertatasusila.
Bahasa halus ini digunakan supaya tidak menyinggung perasaan orang lain semasa berkomunikasi. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan sebagainya.
Penggunaan bahasa halus juga melibatkan intonasi yang sesuai iaitu ditandai nada pengucapan yang rendah, lembut, dan sesuai walaupun sewaktu menyindir tidak akan menyinggung perasaan orang lain. Sebagai contoh, melalui media massa seperti radio, televisyen dan internet, pengucapan awam dan ceramah, seminar serta sesi ucapan. Semua contoh tersebut menuntut penuturnya agar menggunakan bahasa yang sopan santun semasa menyampaikan apa-apa yang ingin disampaikan.
Dalam kesantunan berbahasa, masyarakat Melayu mempunyai sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri. Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Ciri -ciri kesantunan berbahasa dapat dilihat melalui gerak laku yang lemah lembut dan merendah diri, gaya dan ragam bahasa yang mengelakkan bentuk-bentuk sindiran, menempelak, dan mempermainkan orang, pemilihan kata yang sesuai dengan topik perbincangan dan hubungan penutur-pendengar dan nada yang sesuai untuk penerima dan mengelakkan nada tinggi atau marah.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama dalam masyarakat Melayu juga diberi perhatian khusus agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana. Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat, bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli, dan sebagainya. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.

Bentuk Kata Ganti Nama Diri dan Sapaan
Masyarakat Melayu menggunakan satu sistem tertentu dan teratur apabila menyapa atau membuat panggilan terhadap seseorang ahli masyarakat. Kata ganti diri dan sapaan di luar keluarga juga digunakan berdasarkan kepada faktor umur, pangkat atau status dalam masyarakat.

Kata Ganti Nama Diri
Ganti nama diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk kepada diri seseorang.Dalam bahasa Melayu, ganti nama diri dibahagikan kepada tiga, iaitu ganti nama diripertama, ganti nama diri kedua dan ganti nama diri ketiga. Misalnya, penggunaan kata-kata yang agak kasar boleh berlaku dalam pergaulan rakan-rakan karib, tetapi tidak sopan jika digunakan terhadap rakan yang baru dikenali. Penggunaan kata ganti “aku” dalam perbualan dengan ibu bapa biasa digunakan dalam masyarakat Cina tetapi tidak sopan dalam pergaulan masyarakat Melayu.

Kata Ganti Nama Diri
Bahasa Santun
Bahasa Kasar
Pertama
Saya, kami
Aku
Kedua
Anda, awak
Engkau, kamu
Ketiga
Dia, beliau, mereka
Keparat itu






Terdapat dua jenis bentuk kata ganti nama diri dalam bahasa Melayu, iaitu yang digunakan oleh kerabat Diraja (bahasa istana/bahasa diraja), dan kata ganti nama diri rakyat biasa atau orang kebanyakan. Dalam keluarga, sama ada keluarga Dirajamahupun keluarga orang kebanyakan, kata ganti nama diri selalunya melibatkan katasapaan. Sapaan dalam keluarga begitu rencam, lazimnya sapaan dibuat mengikutkedudukan seseorang dalam keluarga. Bagi keluarga orang kebanyakan, sapaanberbeza bentuk sapaan berbeza mengikut negeri atau kawasan. Berikut adalah contoh umum ganti nama diri Diraja dan orang kebanyakan.



Kata Ganti Nama Diri
Diraja
Kata Ganti Nama Diri
Orang Kebanyakan
Beta
Pak Cik
Patik
Mak Cik
Tuanku
Angah
Baginda
Pak Long
Ayahanda
Kak Long
Bonda
Busu
Hamba
Pak Uda


Kata Ganti Nama Diri berdasarkan umur dan pergaulan

HUBUNGAN
UMUR
KATA GANTI DIRI

Erat

Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak, pak cik, mak, mak cik

Lebih erat

Lebih tua daripada penutur / separuh umur

Pak cik + nama
Pak + nama
Contoh : Pak Long

Mak cik + nama
Mak + nama
Contoh : Mak Liza

Kurang rapat 

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + nama
Contoh : Tok Azi

Rapat

Jauh lebih tua daripada penutur

Tok + gelaran pangkat dalam keluarga
Contoh : Tok Long

Nek + gelaran pangkat dalam keluarga
Contoh : Nek Ngah

Rapat

Lebih tua daripada penutur

Abang + nama
Contoh :Abang Baki

Kak + nama
Contoh : Kak Tini

Rapat

Lebih muda daripada penutur

Nama sahaja (jika diketahui namanya) Kalau tidak tahu digunakan panggilan adik sahaja.


Rapat

Sebaya

Nama sahaja

Kurang rapat


Sebaya

Saudara ( lelaki )
Saudari  ( perempuan)
           
           
Gelaran Kekeluargaan

Penggunaan nama-nama panggilan kekeluargaan dan bahasa sapaan mencerminkan kedudukan seseorang itu dalam susunan kekeluargaan serta kedudukannya dalam masyarakat amnya. Manakala sapaan dalam keluarga pula biasanya berbeza mengikut darah.

Keluarga asas

 

PANGGILAN



KEDUDUKAN DLM KELUARGA

     CARA MENYEBUT


Bapa, ayah, abah, bapak, ba, walid


Ketua keluarga lelaki

 Yah, bah, …
Emak, mak, ibu, bu, umi,  wan       

 

Ketua keluarga perempuan

 

Mak, ibu, ...


Long
Anak sulung / anak pertama
Bang Long, Kak long
Ngah
Anak kedua
Bang Ngah, Kak Ngah
Lang
Anak ketiga
Bang Lang, Kak Lang
Uda
Anak keempat
Bang Uda, Kak Uda
Andak
Anak kelima
Bang Andak, Kak Andak
Teh
Anak keenam
Bang Teh, Kak Teh
Busu
Anak Bongsu / anak  terakhir
Busu, Kak Su


Keluarga Suku / Perut
Keluarga suku atau keluarga perut terdiri daripada ahli-ahli keluarga sebelah ibu atau bapa dalam keluarga asas.  Kata ganti diri atau bahasa sapaan bagi ahli-ahli dalam keluarga jenis ini, sama ada bapa atau emak saudara daripada sebelah bapa atau emak, adalah berdasarkan bahasa sapaan yang digunakan dalam keluarga asas juga.

KELUARGA ASAS
KELUARGA SUKU  /  PERUT

Bang Long / Kak Long
Pak Long / Mak Long
Bang Ngah / Kak Ngah
Pak Ngah / Mak Ngah
Bang Lang / Kak Lang
Pak Lang / Mak Lang
Bang Uda / Kak Uda
Pak Uda / Mak Uda
Bang / Kak Andak
Pak Andak / Mak Andak
Bang Teh / Kak Teh
Pak Teh / Mak Teh
Bang Busu / Kak Su
Pak Busu / Mak Busu




PANGGILAN


GELARAN

CARA MENYEBUT
Abang sepupu
Sepupu  selari lelaki
Abang + nama
Contoh : Abang Ali
Kakak sepupu
Sepupu  selari perempuan
Kakak + nama
Contoh : Kak Lili
Bapa saudara sepupu
Sepupu lelaki kepada ibu atau bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah ibu atau bapa.
Contoh : Pak Ngah atau Pak Ngah Ismail
Emak saudara sepupu
Sepupu perempuan kepada ibu dan bapa

Sama seperti panggilan kepada saudara kandung sebelah bapa atau emak.
Contoh : Mak Lang atau Mak Lang Aimi

Anak sepupu
Anak  saudara sepupu ( lelaki / perempuan)
Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur )
Contoh : Aina, Hazif
Cucu saudara
Cucu saudara lelaki / perempuan
Bahasa sapaan nama (tidak mengira umur)
Contoh :Fairus, Hamizah





Gelaran Keluarga Semenda
Keluarga semenda ialah keluarga yang pertalian kekeluargaannya terbentuk menerusi perkahwinan.
PANGGILAN
GELARAN
CARA MENYEBUT

Ayah/ emak mertua

Ibu bapa kepada suami atau isteri

Ayah, bapak/ ibu, emak

Anak menantu

Suami atau isteri kepada anak sendiri

Memanggil nama anak menantu tersebut

Ipar

Abang/ adik suami atau isteri


Abang + nama
Contoh: Abang Ali
Panggilan Keluarga
Contoh : Bang Long
Panggilan keluarga + nama : Alang Ali
Untuk adik dipanggil nama sahaja
Contoh : Salleh


Ipar-duai / ipar-lamai


Sepupu suami atau sepupu isteri

Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar.

Biras

Suami / isteri kepada abang / kakak / adik ipar


Sama seperti kata sapaan bagi panggilan ipar

Suami / isteri


Pasangan suami isteri

Memanggil nama
( panggilan untuk isteri)
Sayang/ Yang
Abang ( panggilan untuk suami )
Mengikut panggilan dalam keluarga
Contoh: Along, Andak
Ayah/ abah atau emak diikuti dengan nama anak.
Contoh : Ayah Ainanya, Mak Ainanya


Rumusan
Kesimpulannya, bahasa verbal ini melibatkan penggabungan sistem sapaan dan panggilan dalam gelaran, rujukan hormat dan ganti nama. Penggunaan kosa kata dan ganti nama mesti sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban hubungan. Kesantunan berbahasa merangkumi pemilihan kata, nada, gerak laku serta gaya dan ragam. Pemilihan kata mesti sesuai dengan situasi, topik perbincangan dan hubungan antara penutur dengan pendengar supaya menunjukkan perasaan hormat terhadap terhadap seseorang.


LAMPIRAN




Contoh komunikasi verbal dengan bapa


Komunikasi Verbal Semasa Memberi Pembentangan


Komunikasi Verbal Dengan Rakan-rakan


Komuniksasi Verbal Semasa Di Mesyuarat



Komuniksasi Verbal Semasa Di Mesyuarat


VIDEO



1 comment:

  1. Casino Finder (Vegas) Mapyro
    A 김제 출장마사지 detailed casino 충청남도 출장샵 search and find all the casino info you need in one place. Jump to: Best Casino. Las 군포 출장안마 Vegas. Las Vegas. Wynn Las 광명 출장샵 Vegas. 경상남도 출장마사지 Harrah's Cherokee Casino Resort.

    ReplyDelete