KESANTUNAN PENULISAN
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang. Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi, laporan, kertas kerja, pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialah surat kepada sahabat. Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek kesantunan yang perlu diberi perhatian ialah penggunaan kata panggilan yang betul. Contohnya dalam masyarakat Melayu mesti menggunakan kata sapaan yang betul, gaya bahasa yang tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks. Selain itu, bahan tidak boleh menyentuh isu yang tidak sensitif.
Protokol Panggilan Hormat
Komunikasi protokol melibatkan penggunaan kata sapaan, adab berbual, penggunaan bahasa istana dan panggilan hormat. Panggilan hormat yang dikuatkuasakan penggunaannya dalam ucapan rasmi atau pengacaraan bagi sesuatu majlis adalah sangat penting dalam masyarakat Melayu kerana ini menunjukkan sikap menghormati orang yang berpangkat dan bersikap sopan semasa memanggil mereka. Dalam teks ucapan, mereka biasanya akan menggunakan panggilan yang hormat dalam teks ucapan. Ini adalah contoh teks ucapan:
Yang Berbahagia,
Dato’ Hj.Abdullah bin Hj. Abd.Kadir,
Pengarah Penddikan Guru,
Kementerian Pelajaran Malaysia.
Yang Berbahagia Dato’, tuan-tuan, puan-puan serta hadirin yang dihormati sekalian.
Kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi hadir, saya rasa terima kasih yang tidak terhingga kerana tuan-tuan dan puan-puan dapat meluangkan sedikit masa untuk bersama-sama dalam majlis ini. Seterusnya kepada Yang Berbahagia Dato’, kami amat berbesar hati dan menyanjung tinggi atas kesudian Yang Berbahagia menyempurnakan majlis kami dengan amanat yang penuh bermakna dan seterusnya menyampaikan diploma kepada para graduan. Semoga kehadiran Yang Berbahagia Dato’ akan menambahserikan majlis ini. Terima kasih daun keladi…
Ini adalah contoh protocol panggilan hormat yang sering digunakan dalam teks ucapan dalam kalangan masyarakat Melayu.
Sultan / Raja / Yang Dipertuan Besar, Yang memerintah
|
|
Yang Dipertua Negeri / Perwakilan Negara – negara Asing / Duta Besar / Duta / Pesuruhjaya Tinggi
|
· Tuan Yang Terutama
|
Raja Muda / Tengku Mahkota / Raja Di- Hilir Perak
|
· Duli Yang Teramat Mulia Tuanku ……( nama )
· Duli Yang Amat Mulia Tuanku …… ( nama )
· Yang Amat Mulia Undang ……( nama )
· Kebawah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku …..( nama )
|
Perdana Menteri / Timbalan Perdana Menteri/ Menteri Besar / Ketua Menteri/ Menteri-menteri/ Timbalan Menteri/ Pegawai Tinggi Kerajaan Negeri/ Pegawai/ Kaki tangan Kerajaan
|
Yang Amat Berhormat
|
Tun/ Toh Puan/ Kerabat Diraja/ Syed/ Syarifah
|
|
Ketua Hakim Negara/ Hakim Besar/ Hakim
|
|
Tan Sri/ Puan Sri/ Datuk Seri/ Datin Seri/ Datuk Patinggi/ Datin Patinggi/ Datuk/ Datuk Amar/ Datin/ Datin Paduka
|
|
Mufti/ Kadi/ Haji/ Hajah
|
|
Ketua Pengarah/ Pengarah/ Setiausaha/ Setiausaha Agung/ Pengurus Besar / Pengurus
|
|
Residen/ Pegawai Daerah/ Penghulu/ Orang Kaya-kaya/ Sidang
|
|
Ustaz/ Ustazah/ Imam/ Pengetua/ Guru Besar/ Pemangku Ketua
|
|
Syed/ Syarifah/ Profesor/ Profesor Madya/ Drs/ Dra/ Encik/ Nik/ Wan/ Abang/ Megat/ Meor/ Ahmad/ Cik/ Puteri/ Pengerusi Majlis
|
Yang Mulia Tuan Syed
|
Contoh kesantunan berbahasa dan bahasa sapaan dalam surat rasmi & Memo dalam kalangan masyarakat Melayu.
“Dengan hormatnya perkara di atas dirujuki.
Sehubungan itu sukacita dimaklumkan bahawa….”
“Yang Berbahagia Dato’ diundang…
Sayugia dimaklumkan bahawa Tuan Haji….”
“Saya bersetuju untuk meluluskan…” lebih sopan lagi dengan frasa” Saya tiada halangan meluluskan…”
“Di sini saya kepilkan…” lebih sopan lagi dengan frasa
“Bersama-sama ini disertakan…”
RUMUSAN
Akhir kalam, kesantunan penulisan Komunikasi penulisan bertulis secara formal ialah surat kiriman rasmi, laporan, kertas kerja, pidato dan lain-lain manakala bukan formal ialah surat kepada sahabat. Masyarakat Melayu mesti menggunakan penggunaan kata panggilan yang betul, kata sapaan yang betul, gaya Bahasa yang tepat, pemilihan kata dan ayat yang sesuai dan akhirnya tidak boleh menyentuhkan isi yang bersensitif semasa menulis teks ucapan.
KESIMPULAN
Kesantunan bahasa telah merangkumi bahasa verbal, bahasa nonverbal, kesantunan lisan dan kesantunan penulisan. Kesantunan Bahasa sangat diberi perhatian dalam masyarakat Melayu. Mereka perlu menggunakan kata-kata atau perlakuan yang sesuai, tidak menimbulkan konflik, sentiasa menjaga air muka pendengar, ikhlas dan merangkumi hubungan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan khalik.
Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan. Kesantunan berbahasa verbal perlu dijaga terutamanya semasa berkomunikasi dengan orang lain, bergurau senda dengan rakan-rakan, menyampaikan maklumat dan lain- lain lagi. Contohnya ketika bertemu, masyarakat Melayu akan menundukkan sedikit bahagian kepada sebagai tanda hormat kepada orang yang ditemui itu.
Manakala, kesantunan berbahasa daripada segi nonverbal pula merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat. Konsep kesantunan berbahasa itu perlu ada pada setiap insan di atas muka bumi ini. Konsep kesantunan berbahasa non verbal ini merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
Dalam komunikasi lisan, penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengari dan dilihat serta-merta. Dari segi Bahasa, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan, suara dan intonasi yang sopan, pemilihan kata dan ayat yang sopan dan lain-lain. Aspek-aspek ini juga sama seperti kesantunan penulisan. Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan datang.
Kesimpulannya, konsep kesantunan berbahasa ini perlulah dihayati, diamalkan dan dipraktikkan oleh setiap lapisan masyarakat di seluruh dunia. Hal ini kerana, kesantunan dalam berbahasa itu sangat penting bagi menjaga nama baik bangsa, agama dan tanah air tercinta. Malahan, kesantunan berbahasa ini juga dapat menjaga hubungan baik kita sesama insan pelbagai bangsa serta mengekalkan dan mengeratkan hubungan silaturahim yang baik dalam kalangan masyarakat.